Tuesday, November 29, 2011

sweet marrige life


YOU,ME & THE BABY


One of my Fav <3



both of you so special more than you know and more than I show.
both of you my soul mate, you both my lover, you both all that I know.



Monday, November 28, 2011

peringatan buat diri ku dan para isteri..

wify mohd faris bin yusuf



1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah,“Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab,“Bukankah kamu dapat melihatnya.”

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)

iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita:

a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya

cara melayan suami

entry ke4 untuk hari ini

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

copy from : www.tentangcinta.com

telatah mu !

entry yang ke 3
wahh mmg betol betol bak balas dendam nie..
hahahhaha :)) xde maknanya kn..

jom layan video se gadis yang agak becok sekarang nie..
ouhh smlm dye ckp "tayang dd" hehehe
even dye blm petah bercakap tapi mmg ade bnyi laaa..


twins ;)




1 more entry..
jangan bosan tau..
saje nak balas dendam sebab tak dapat buat entry if gadis ade..
hehehehhe ;)

okay macam gambar yang orang lihat tu..
tu bkn photoshot artis tau..
tak sanggup mak nyah..
okay actly nak cerita pasal mmbe yang kat sebelah tu..
baru je knl dia..
tapi mmg sekepala..
mcm mne blh knl dia??
dulu masa kat kuantan dear satu tempat kerja dengan BF dia..
bila masing2 dah balik KL baru laa knl..

lepak lepak bagai..
pegi karaok same mmg best la..
saya mmg suke berkawan lagi kawan yang mmg gila2 mcm saya..
sbb saya suka ketawa dan buat mereka ketawa.
bila berkawan saya mmg serius..

jadi nak bagitahu yang si dia nie dah termasuk dalam carta BFF saya..
ouhhh lupa nak bgthu nama dia
" NURUL HAZIQAH HAYAZI"
okay yang paling gempak..
birthday kami sama okay guys..
cumayang bezanya tahun je..
saya tua sikit dari dia sangat best okay..
tak sangka ade jgk kawan yang same birthday dgn saya..
nnty mesti celebret same2 kan..

smlm tangan dia kena iron saya pun same..
mcm kembar kan even semuanya kebetulan ke..


p/s : haziqah hayazi
Best friends we are ,
Best friends we'll be,
For always forever,
You and Me!

Longer than a phone call,
Deeper than the sea,
All this belongs to us,
You and Me!

Put it in a bottle,
Never let it free,
keep it in your heart,
You and Me!

I hope you read this poem,
Remember it for me,
Look after it with care,
You and Me

spend time 3 days with them ;

selamat petang semua ;))
wahh hari nie last day eyhh kita semua bercuti..
emmm nak buat mcm mane kan..

okay sepanjang 4 hari bercuti nie mmg tak pegi mane2 yang jaoh..
just dduk di sekitar KL je..
plan nak balik jb n kuantan tak menjadi sebab duit tak mencukupi laa..
tapi yang penting saya tetap happy..

hari sabtu jalan2 dengan dear n si gadis..
pegi je jalan ke mana sahaja asalkan tak dduk umah.
pegi makan dominos yummmyy untung dapat suami yang kuat makan jgk.
lepas tu keluar pegi jumpa si BFF hanafi & haziqah lovely couple okay..
then lepak jusco sbb dah tak tahu nak pegi mana kn..
konon konon nya masuk jusco nak cari ais cream..
tak jumpa ais cream yang mengikut selera tekak..
terus ajak dear lepak starbucks sambl makan sushi..

then the next day..
dear rasa nak makan nasi minyak tapi i tak tahu laa nak beli kat mne.
kebetulan eka n napi nak pegi kenduri..
dear terus membontot nak ikot semata2 nak makan nasi minyak..
layan kan aja laa kerenah dia sbb saya sayang dia lebeyyyyyy!!!

lepas makan lepak titiwangsa..
bawak gadis jalan2 sbb dah lame gadis tak jalan dgn ammy n addy dia..
rindu ooohhhh ;)
nampak gadis ceria sangat..
tak banyak gambar pun ambik sbb gambar ade kat camera eka..


malamnya kami sekeluarga pegi makan di gombak..
plan asalnya nak pegi makan di nasi kerabu..emm tapi semuanya dah habis..
then tuka plan pegi makan kat ayam penyet api..
mereka kalau makan no 1 sbb tu saya pun menurun ;))


di ayam penyet api,gombak

mak su,irfan,si gadis,mummy n daddy


tasik titiwangsa

gadis,daddy n mummy
(i love you both)

p/s : gambar banyak tapi nie je yang ade pada saya..hehehehe ;)) hope you enjoy it..


Friday, November 25, 2011

forgive and forget ;)


I’ll forgive, It doesn’t matter what you do,

You know this love and all I have, Will always be here for you.

I’ll forget, Anything you ask me to, If you don’t like when I bring it up,

My words I’ll think them through.

I’ll love, Even if you don’t want me to, Obsession, call it want you want,

But this is the one promise that I’ll always keep for you, I’ll live,

You know my dreams are all I see, Our life is what its for,

I’m going to be the best that I can ever truly be.

I’ll trust, Anything you ever say,

I put you higher then these fools,

And that is where you’ll stay.

I’ll Forget, I’ll love, I’ll live, I’ll trust and I’ll forgive,

My love will never go away, This is all I have to give..

Thursday, November 24, 2011

permulaan yang baik


hari tu kat office agk membosan tahap max..
heheheh dah tak tahu sangat nak buat ape..
i pun ape lagi..
mencari ape yang boleh di buat di pc tu..
jumpa paint ape lagi cuba melukis..
tgk diri sendiri then cuba lukis diri sendiri..
hahahha :))
sampai ade staff cakap aiyooo u nie xde keje lain eyh..
hehehhe :)) habis dah takde keje kan..
korg nak tgk ape jadi dgn lukisan tu..
tapi dengan satu syarat jgn gelak..
nie permulaan je tau..
nnty pasal i akan buat drawing yang lagi cantik..
nie baru 1st step..
jom laaaa tgk drawing tu..

tada!!!lawa kan lawa kan..
eceh bangga plak..

Wednesday, November 23, 2011

sape hiro harimau malaya sebenarnya?


isyhh entry ke 3 saya

tiba tiba terfikir..emm nk cerita pasal bola masa msia vs indo
kecian kan baddrol bakhtiar bnyk kali kne attack..
ntah laa bagi saya dia laa hiro kita..hehehhe ;))
ntah sbb dia kuat bnyk kali kena puun dgn pihak lawan yang tak berhati perut tu..
still gagah lagi bermain..emm bg saya dia laa hiro..
ecehh tak habis2..mase minit 1st penalti dah tido sbb nangtok gila..
then en hubby blh kejot..mula2 tak bangon..lepas dgr gooollllllllll!!!!
terus segar biji mata..


kau laa hiro bagi ku ;)

amboi bukan main lagi !



model kecik



hehehe tgk tgk kat album ade satu gambar si gadis yang mcm tgh photoshoot..
daddy dia laa nie asyk suruh qaireen jadi model je dah besar nnty..
skrg pun dah pndai nak pose sane sini..
dapat kaki nanti lagi laa melaram kalah mummy n daddy dia..
dah pandai minx nanti lagi masak laa kita nie tak blh nak bwk g downtown..
habis nak di borong..hehhehe ;))


hehehe comel kan anak saya nie ?
okay tgk laa mummy dia bila dpn camera..
ank pun ikot jejak langkah..

alahai syg mummy cute laa kamu nie!

drawing yang buruk ;)


assalamualaikum semua..
sorry ye saya dah jarang update entry..sbb skrg nie mmg bz sikit tu yang jarang update entry baru..banyak tau sbnarnya nak cite..kalau sempat pegang lappy curi2 laa buat entry.ehehhehe..

hari nie bosan gila kat office,sumua staff go for audit..jd tgl aku 3 org je..emm tak tahu nak buat ape..mcm mcm bnde dah buat..hehehehe :)) sampai satu tahap kebosanan tu dtg..saya membuat satu drawing nak tampal kat meja..hehehe ;D

ini untuk anda juga

jangan gelak tau..saya tahu mmg buruk..!!

Saturday, November 19, 2011

cake coklat ;)

selamat petang semua..
nie citer smlm tapi baru sempat nak buat hari entry hari nie..
biasa laa org ade kerjaya n dah ade ank nie mmg agk busy..
tu yang jarang buat entry..
sorry ye peminat setia ;) nie buat buat time ank tgh tido..

okay jom berbalik pada tajuk..

i nie mmg peminat coklat..tak kira laa ape ape pun kan..
smlm belaja buat dengan makngah cake coklat..
sangat senang okay..




bahan bahan
*serbuk coco 1 cawan
*baking powder 1 sudu
*soda bikabornat 1 sudu
*telur 2 biji
*gula pasir 1 1/2 cawan
*tepung gandum 1 cawan
*chips coklat

cara-cara
*pukul 2 dgn gula sehingga mejadi warna putih menggunakan mixer
*kemudian tinggalkan sekejap

*ayak serbuk coco,baking powder,soda,tepung gandum
*selepas ayak masukkan kedalam bahan yang di mixer tadi
*mix semula bahan2 yang telah di masuk kan..
*gaul kan chips coklat menggunaka sudu
*dan siap
*bentuk mengikut cita rasa masing2
*kukus hanya 5 minit sahaja.

dan hasinya lihat laa di bawah okay



yummmyyy sedap tau air tangan mummy n isteri tercinta nie..
heheheh ;)))
selamat mencuba semua ;))



Thursday, November 17, 2011

new job n new company




yeahhh setelah 7 hari berehat dirumah..
last tuesday i got the new job..
allhamdullialah tuhan permudah kan semuanya..
sbb tula mcm dah 2 hari kan tak update blog..
hari ni ade bnyk entry nak buat..
gambar kat atas tula company baru

Tuesday, November 15, 2011

macaroon ku!

waksap all!!
haritu sedih kan try buat macaroon tapi tak jadi kan..
tapi kali nie agak menjadi even macaroon dye mengandung..
mengandung??mesti korg gelak kan..
HAHAHAH..
tgk nie kenapa i kate dye mengandung..


hahahha kelaka kan..
tapi rasa dye sedap juga laa okay..
okay laa jom layan gambar2 yang di ambil tadi..


okay done!!
even rupa dye buruk tapi rasa dia sedap okay...





Monday, November 14, 2011

seram suam suam suku!



Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama jimmy.dia ni org johor Die ade awek name Julie.julie nih dok kt perlis.. Diorng nih xpnah jumpe sblom nih,juz msg n call aje.. Gamba pon diorng xpernah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310i. Diorng da xthan nk jumpe sngat2 Diorng pon berpakat akn berjumpe pada hari raye pertama.. Dan diorng brcdang utj berjumpe di rumah julie. Julie telah beritahu keluarga dia yg jimmy akan dtng beraya kerumah mereka.. Pada seminggu sebelom hari raye,Julie terlibat dgn satu kemalangan.. Mayat julie selamat dikebumikan. . Seluruh keluarga Julie sngt bersedih atas pemergian Julie.. Julie di dapati terkoban dalam kemalangan tersebut.. Akan tetapi,jimmy tidak mengetahui hal ini.. Kebetulan,hp jimmy rosak pada hari kematian Julie.. Sehari sebelum raya,bru lah hp die siap dibaiki Apabila hp da ok,jimmy terus msg Julie.. Mesej yg dihantar oleh jimmy tersebut semua di'reply'.. Pada hari yg ditetapkan,dgn alamat yg pernah diberi oleh Julie kpd jimmy.. Jimmy bertolak dr johor pd subuh awl syawal,dan smpai di perlis pd ptng ari 2 juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kwn baiknya Bila smpai shj dirumah Julie,dia terus bagi salam dan memperkenalkan diri kepada ibu bapa Julie... Ibu bapa Julie pon menyuruh jimmy duduk.. Mereka perbualan dgn bertnya tntang diri jimmy..tetapi mata jimmy terjenguk2 kearah dapur dan bilik2 yg ade dirumah tersebut kot2 ade Julie keluar atau menyorok dri dia...Jimmy semakin tidak senang duduk.. Setelah lama berbual,jimmy pon tny pasal Julie kerana beliau tidak tahan nk berjumpa dgn Julie.. Ibubapa Julie menyarankan supaya jimmy banyak bersabar… Jimmy semakin hairan,dan bertanya kepada ibubapa Julie, "kenapa mak cik ngan pak cik??ape yg da berlaku pd Julie??" "Julie telah meninggal dunia" kata ibu Julie.. Jimmy semakin kehairanan.. Jimmy bertanya"bila mak cik??sbb apa??" Ibu bapa Julie pon menceritakan tentang hal kejadian.. Jimmy agak terkejut,Tetapi jimmy tidak percaya kerana beliau ade sms dgn Julie sebelum berangkat ke perlis Jimmy pon tunjuk semua sms itu kpd ibu bapa Julie.. Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut,ibu bapa Julie hairan kerana cara sms dan no telefon itu memng Julie yg punye Utk mendapatkan kepastian,ibu bapa Julie bawak jimmy ke tnah perkuburan Julie.. Jimmy maish x berpuas ati dan mengorek kubur Julie Memng betol Julie sudah mati dan berada didalm kubur tersebut.. Jimmy semakin hairan dan ketakutan Sebelum julie meninggal,julie telah berpesan kpd org tua die supaya kalo dia mati,tnm skali hp die sbb die terlalu syg kt hp nih.. Ibu bapa Julie turut menceritakan hal ini kepada jimmy.. Jimmy pon cuba sms Julie didepan ibu bapa Julie, "awk ngah wat pe??" Tidak lma kemudian,hp jimmy berbunyi dan ade satu sms diterima,apabila buka shj sms tersebut,kesemua mereka terkejut beruk kerana sms itu dibalas oleh Julie dan sms tersebut berbunyi "xde wat papepon..awk da smpai ke??" Jimmy semakin panic dan membalas "ibu bapa awk kata awk da MATI??" Dan Julie pon balas "memng sy da meninggal.." Jimmy cuba beraniakn dri dan membalas semula sms tersebut dgn "ABES 2,MCM MANE AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??" Tidak lama kemudian,hp jimmy pon berbunyi lg... Kesemua mereka menjadi semakin panik,takut dan mcm bermain difikiran mereka semasa jimmy hendak membaca sms tersebut... Apabila mereka baca sms tersebut,mereka semakin takut dan seram hingga bulu roma terdiri tegak Kerana sms etrsebut berbunyi "DIGI ADA DIMANA-MANA"

yummy yummy !!

tempat yang ingin di terjah hujun bulan nie..


yeahhhh Scrummy restaurant!!

hari i pegi makan Dominos pizza kt jalan ipoh ngn d
ear..
time otw nak balik lalu kat depan kedai nie..
nampak mcm menarik sbb color pink..i loike pink ok!!
then ckp dgn hubby mcm best je kan kedai nie..
dia ots terus kecek..
"ok nnti kite g make denu k"
hehehe..
lepas tu smlm jalan jalan cari mkn g mkn kat kedai
nie..
thats means mmg best kan kan kan..
terus bajet next mont nak g mkn kat sini..
hehehe ;))
dear kate makan tak payah nak catu2..

soo kita makan!!

okay menu yang wajib nak rasa ada lah..
close your eyes!!
taaaa daaaa

chiken chop rendang!!
walaweh meleleh tak??

p/s: jom g reramai kat sini..boleh chill out..!

Sunday, November 13, 2011

Patutkah Berkahwin Awal?



PATUTKAH BERKAHWIN AWAL?

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

p/s : kenapa saya copy entry ini dari pakarcinta.com..kerana saya adalah golongan-golongan yang kawin awal..enjoy ur reading..

didik anak dengan cara yang betul


salam semua wahhh dekat 3 hari kan tak menaip nie..dalam kepala mmg banyak bnda yang nak tulis..tp agk busy dengan gadis kecil tu laa..kalau kat rumah mmg kadang2 tak de masa nak mengadap..nie pun curi2 je tau sbb dia tgh tidur..tajuk entry hari ini tips didik anak dengan cara yang betul..i pun ikot sunah jugak tau nak didik anak..even i nie mummy muda yang org ckp masih mentah nak jadi MAK nie..tak de laa mentah tak de laa masak sangat..tapi boleh laa..bnyk yang perlu belajar..
soo blogger enjoy ur reading yaa!!

TIPS 1: Makanan & makan cara sunnah.

Bermula dari dalam rahim lagi, berilah makanan yang baik-baik untuk isteri. Isteri saya minum jus tok guru. Lebih baik makan terus kurma, kismis dan makanan-makanan sunnah terutamanya susu. Untuk anak kita, lahir sahaja taknik dengan kurma dan air zam-zam. Setiap kali makan kita bacakan doa, guna tangan kanan. Bila anak dah pandai pegang, ajar pegang makanan tangan kanan. Pengalaman anak saya kuat tangan kiri, jadi semua nak pegang tangan kiri. Jadi, latihan berterusan perlu diberi. Bukan marah berterusan... sabar, sabar sangat penting. OK. Komen jika ada cadangan. Ooops, belum habis lagi. Tips seterusnya untuk semua.

TIPS 2: Dengarkan bacaan alQuran
Ambil masa baca alQuran. Bawa anak bersama-sama walaupun sangat susah mengawalnya. Biasalah anak-anak nak capai semua. Lagi baik, baca sahaja surah-surah pendek dan riba anak. Bila anak dah tidur baca surah al-ikhlas dan hembus di ubun-ubun. Doakan supaya berkekalan imannya. Bila dah boleh pegang, beri peluang anak pegang dan buka alQuran dengan kawalan. Anak saya suka buka alQuran/ buku dan apa yang boleh dibuka termasuk almari. Jadi gunakan ini untuk anak kita buka alQuran kerana ia satu kebaikan.

TIPS 3: Ajarkan zikir
Sentiasa zikir, biasakan lidah dengan ucapan zikir, seperti alhandulillah bila dapat sesuatu yang baik. Subhanallah bila melihat sesuatu yang menabjubkan. Tidak pun salah bila duduk saja-saja, sebutkan tasbihat sambil buat gerakan macam orang tahlil. Hehehe seronok bila melihat anak ikut sama walaupun belum pandai sebut.

TIPS 4: Bacakan doa
Anak belum pandai baca, tapi apa yang kita baca akan dia ingat... Betulkan? Try and error tidak salah dalam perkara ini. Jadi bila makan, suapkan anak makanan, maka baca doa kuat-kuat. Nak keluar rumah baca doa. Naik kenderaan baca doa. Pakaikan baju baca doa, buka baju baca doa. Berapa banyak doa? Semua doa yang kita tahu, kalau tidak baca bismillah. Tapi tak cukup itu sahaja, ambillah masa belajar doa. Bapa/ibu hebat akan belajar untuk anak, InsyaAllah anaknya rajin belajar.

TIPS 5: Tunjukkan wuduk & solat
Ini yang saya buat... bila ambil wuduk, saya wudukkan sekali anak saya. [dah 1 tahun, suka ikut ke mana-mana hehehe]. Suka sangat-sangat anak saya. Tak tahulah suka main air atau suka ambil wuduk. Saudaraboleh jawab kan. Tapi selepas beberapa kali, dia dah pandai hulurkan kaki untuk di basuh. Subhanallah... something feeling in heart. Tak tau nak explain. Solat sunat buat depan anak, biarlah dia panjat, pegang dll. Cucu Nabi Muhammad s.a.w. bermain -main ketika nabi solat. Sehingga sekali sujud lama sekali kerana cucunya bertenggek atas tengkuk. Buatlah dan rasailah sendiri. Satu perasaan yang luar biasa diberi oleh Allah. Tak boleh nak beli kat kedai...